2 bulan ak x sentuh blog, many thing comes flying around, susa mau menaip dan mencari ilham.. setelah sekian lama, tangan ak gatal balik mau menaip...ok la, sebagai tanda cinta kpada negara Malaysia (just joking, hahaha) kali ni ak buat entry dlm Bahasa Melayu.
Ramai daripada kita mungkin pernah menjalinkan hubungan romantik dengan seseorang, tapi berapa ramaikah yang berjaya melanjutkan hubungan tersebut sehingga mendirikan rumah tangga? tnya la korg punya mummy and daddy, brapa kali dorg putus cinta sebelum dorg kahwin, *yang kahwin sbb family pilih terkecuali..dalam edisi kali ini (macm ada edisi yg lepas) ak merungkai segala kisah dan cara bagaimana seorang insan yang bergelar manusia kembali ke jalan yang benar setelah tewas dalam percintaan....
Cinta atau Kasih Sayang mendalam terhadp seseorang atau sewaktu dengannya merupakan perasaan semulajadi manusia. kenapa kita mencari "perasaan" ini? aku pun xtau sebenarnya, mungkin sbb kita ni makhluk yang x sempurna, perlukan teman. Tapi satu benda aku tahu, bila seseorang fall in love, fuhh..tak dapat digambarkan dengan kata2 nikmatnya, smua indah bak pelangi, hahaha...setiap di antara kita akan jatuh dalam perangkap cinta, tapi malang bagi yang tidak bernasib baik, perasaan ini memakan diri sendiri. perpisahan merupakan salah satu risiko apabila bercinta dan sangat susah untuk pasangan menerimanya dan mcm urg putih ckp "overcome it"...klu x diuruskan dengan baik, akan menjejaskan produktiviti dan daya saing negara di peringkat global, hahaha..x la mcm tu, tapi susa nak buat kerja dgn kwn2 yang baru ptus cinta ni, layu dan murung 24 jam, apa lagi klu dapat assignment berkumpulan, memg ak sorg yg buat..
sebenarnya, ak pun pnah ptus cinta, tapi sbb ak ni cool dan macho, hahahaha, kacang je ak handle smua tu, hahahaha( rasa lain plak puji diri sendiri ni. ). ok, sebelum ak angkut lebih banyak bakul, mari ak ajar, mcmana korang yang di luar sana yang menghadapi masalah ini, cara2 nak mengatasinya.
perkara pertama yang perlu korang buat ialah mencari punca perpisahan. korang kena bincang dgn pasangan masing2. ckapa slow2, jgn nak tengking2, xda benda boleh selesai dgn bunyi suara yang tinggi dan penuh emosi. lagi bagus kalau korang terima kesilapan diri dan lpas tu ckap la kat pasangan masing2, "saya minta maaf"; "i'm Sorry" atau apa2 bahasa yang korang tuturkan (peluang untuk kembali bersama turut meningkat), DAN memaafkan pasangan anda juga.. pasangan perlu berfikir kehadapan, jgn sibuk nak cari silap pasangan masing2, lupakan tentang apa yang telah berlaku.
jika semua usaha untuk bersama tidak dapat tercapai dan anda perlu mengatasi perasaan pedih itu dengan tips ini:
1. Sibukkan diri
Ni cara paling praktikal bagi mereka yang mempunyai kawalan emosi yang lemah. sibuk2 kan diri agar korg x teringat ex korg. klau korg duduk diam termenung je, mulalah nak ingat masa2 bahagia bersama ex korg, pastu mata pun mula berkaca, huhu.. time ak break dulu, ak bnyk g jejalan tgok movie, ak beli drama2 bergenrekan humour, ak suggest korg cari drama english ni "how i met your mother", balik kuliah je mesti ak tgok, satu bulan x henti2 gelak.
2. Cari kawan2 baru
ak tau ramai yang ada akaun laman sembang dan sosial, contohnya facebook, twitter, myspace etc. jgn malu2 dan sombong2 utk cari rakan baru..lama kelamaan memori tentang ex korg akang hilang secara semulajadi dan digantikan dengan kegembiraan dengan rakan2 baru.
3. Bina jati diri
ak hairan lah, ramai kwan2 ak yang lpas break trus pndi hisap rokok la, take drug and alcohol. yang nak bunuh diri pun x kurang..aduii, lemah semangat ak tengok.. satu benda perlu ak bagi tau, SUICIDE, CIGARTTE, ALCOHOL AND DRUGS ARE FOR LOSER... jgn cpat mengalah.. fikir positif.. memg sakit bila kita hilang benda yang bergelar cinta, tapi itu salah satu daripada risiko bercinta... masa mula2 ak break-up ngan ex ak sbb dia nak bsama dgn org lain, memg rasa pedih dada, tapi ak tiap hari ckap yg dia bkn jodoh ak dan ada org lain lagi yg akan dtg utk ak. x lama pastu, ak pun da x ngat sngt pasl dia.
4. Beri masa dan kesabaran
sama seperti luka pada anggota badan, ia perlukan masa untuk pulih..terdapat pasangan ak tgok yg lepas break trus fikir nak belas dendam...ugut nak sebarkan gmbr time couple lagi, sebar2kan cerita dan bnyk lagi cara utk membalas dendam yg ak tgok org sekarang buat. come on la guys, be mature, hahaha... xda benda yang akan settle dengan cara negatif, menambahkan keburukan ada la...kawal perasaan korg, jgn cpat melenting, ia bukan sahaja menampkan ketidakmatangan (betulkah ejaan ni?) seseorang, tetapi juga memperlihatkan kebodohan dan kecetekan akal. What comes around goes around, klu betul korg x bersalah, maka biarkan masa dan karma membalas dendam bagi korg..hehe.
5. Ubah cara berfikir/ berfikir secara praktikal
seperti kelahiran dan kematian, semua benda di dunia mempunyai pengakhiran. berfikir secara praktikal boleh membantu korg melupakan apa yg telah berlaku. kalau korg ditinggal oleh gf atau bf korg, itu x bermaksud tiada lagi org lain yg lebih baik utk korg. kalau itu lah kesnya, maka ramai lah yang single smpai mati lpas break-up. kata org tua, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.. ramai lagi jejaka2 dan gadis2 single di luar sana, korg hanya perlu ketuk pintu yang betul saja utk dapatkan cinta sejati korg.. Why to think about the past, in future you may have a sweet surprise!
No comments:
Post a Comment