Friday, May 14, 2010

Selamat Hari Guru 16 Mei 2010


















Entry ini khas aku tujukan untuk Guru-Guru diluar sana, berjuang mendidik anak bangsa. Tidak ada kata-kata yang boleh mengungkap pengorbanan yang telah dilakukan oleh insan bernama GURU (sebenarnya x ada masa nak taip, exam minggu dpan, busy sgt ni, haha)

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA .. itu lah tema Hari Guru tahun ini. Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.






















Jadi sempena 16 Mei esok, aku ucapkan Selamat Hari Guru buat semua rakan-rakan cikgu di IPG Kampus Temenggong Ibrahim dan IPG yang lain, baik kenal dari siber atau rakan-rakan aku kat kampung...dan paling tidak lupa cikgu-cikgu yang mengajar aku di Sekolah Rendah St. Anne Labuan, Sekolah Rendah St. Francis Xavier Keningau Sekolah Menengah St. Francis Xavier Keningau, Sekolah Menengah Teknik Keningau serta pensyarah-pensyarah di IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Jasamu tetap kukenang sampai bila-bila...

No comments:

Post a Comment